1. Deposit Segera melalui FPX (fungsi yang paling diminta!)
Tidak perlu lagi menunggu kelulusan deposit atau memuat naik slip. Gunakan fungsi FPX kami untuk membuat deposit secara serta-merta dan mula berbelanja dengan segera.
Cara – cara :
- Klik pada Dashboard > Add Funds atau Funds > Deposit
- Masukkan jumlah deposit yang diinginkan
- Klik pada 'Deposit Instantly'
- Pilih Online Banking
- Pilih bank syarikat anda dari senarai pilihan. Ingat! anda mungkin menggunakan B2B
- Masukkan maklumat bank di portal bank anda dan luluskan transaksi
- Perhatian: jika akaun syarikat anda menggunakan maker / checker, checker anda perlu meluluskan transaksi di portal bank
Perkara yang perlu diketahui:
Yuran platform RM1.50 dikecualikan untuk semua pengguna Plus dan Growth
2. Pindahan Bank secara langsung
Kaedah ini masih boleh digunakan jika anda tidak mahu menggunakan FPX. Rujuk masa kelulusan yang telah dikemas kini di sini. Harap maklum bahawa kaedah ini bukan serta-merta.
- Klik pada Dashboard > Add Funds atau Funds > Deposit
Klik kotak hijau di bawah;
Masukkan jumlah deposit dan teruskan dengan melakukan pindahan manual. Butiran akan dipaparkan pada skrin seterusnya.
Pastikan anda melakukan pindahan segera/DuitNow, untuk mengelakkan kelewatan dana ke akaun anda.
Setelah pindahan selesai, muat naik bukti pembayaran dan klik Submit.
Setelah langkah ini selesai, anda akan menerima notis melalui e-mel apabila dana berjaya dimasukkan ke dalam akaun utama anda.